Hari ini ialah hari ibu disambut oleh semua manusia yang bergelar ibu, namun admin sungguh terharu melihat seorang ibu yang memangku jasad anak nya yang meninggal dunia akhir kemalangan pagi tadi.
Dua pelajar sekolah menengah maut selepas motosikal yang dinaiki dirempuh oleh pacuan empat roda Hilux dalam satu kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kampung Telaga Papan, Setiu pagi tadi.
Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, mangsa yang merupakan sepupu maut di daerah kejadian kerana kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian badan.
Pemandu Hilux tidak mengalami kecederaan,Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga mengakibatkan kematian. Al-fatihah Credit Terengganu Times, DTR
SUMBER
SUMBER
Tidak ada komentar:
Posting Komentar