Adsense

15 Perkara yang membatalkan Syahadah tanpa disedari




Mengucap dua kalimah syahadah ialah rukun Islam yang pertama yang memperlihatkan bahawa umat Islam bersaksi bahawa tiada yang kuasa yang disembah melainkan Tuhan dan Nabi Muhammad S.A.W ialah pesuruh Allah. Pada masa kini, ramai yang pada luaran islam tetapi tanpa mereka sedari mereka telah melaksanakan perkara yang boleh membatakan syahadah mereka.

Secara asasnya, iman boleh terbatal melalui 3 perkara iaitu perkataan, perbuatan dan niat. Melalui 3 asas tadi, saya kongsikan 15 perkara yang boleh membatalkan syahada Islam
  1. Bertawakal dan bergantung kepada selain daripada Tuhan SWT
  2. Insan tidak mengakui segala nikmat ialah kurniaan Allah
  3. Beramal kerana sesuatu selain daripada Allah
  4. Hak menghalal, haram, perintah, tegahan diberi kepada selain daripada Allah
  5. Mentaati dengan ketaatan yang tidak berbelah bagi selain kepada Tuhan dan Rasul
  6. Berhukum dengan selain daripada hukum Allah
  7. Benci sebahagian pemikiran Islam atau keseluruhan Islam
  8. Mencintai dunia melebihi akhirat
  9. Menghina apa-apa sahaja daripada Kitab atau Sunnah
  10. Menghalal apa yg Tuhan haram dan mengharam apa yang Tuhan halal
  11. Tidak percaya dgn Kitab dan Sunnah yg sabit walaupun sebahagiannya sahaja
  12. Tidak beradab dengan Rasulullah SAW
  13. Mendakwa al-Quran ini ada tafsiran batin, bukan zahir berdasarkan dhauq, ilham, kashaf
  14. Mengkafirkan Muslim, menghalalkan darah mereka
  15. Tidak percaya dgn Kitab dan Sunnah yg sabit walaupun sebahagiannya sahaja
Sebagai seorang umat islam, kalau mesti menjaga segala percakapan,perbuatan dan niat supaya tidak terpesong dari pemikiran Islam. Dunia sekarang terdapat pelbagai pihak yang cuba menghancurkan umat islam. Jadi, berjaga-jagalah sebelum terkena.


Sumber http://ohviral.blogspot.co.id/

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "15 Perkara yang membatalkan Syahadah tanpa disedari"

Posting Komentar