MOJOKERTO, INDONESIA - Seorang lelaki warga emas berusia 67 tahun ditahan pihak polis kelmarin kerana disyaki telah 'menebuk dubur' seorang kanak-kanak perempuan.
Suspek, Supadi, disyaki 'menebuk pintu belakang' mangsa yang juga jirannya sebanyak 5 kali sejak 3 bulan yang lalu.
Difahamkan saat kejadian, mangsa sedang mencari kayu api di tempat hutan belakang rumahnya sebelum dihampiri oleh suspek yang memujuk untuk melaksanakan perbuatan terkutuk itu.
Bagaimanapun, tindakan jijik lelaki bau tanah itu disaksikan oleh seorang penduduk kampung yang kemudiannya mengadu kejadian itu kepada keluarga mangsa.
Ekoran itu, keluarga mangsa membuat laporan polis dan suspek yang mempunyai seorang isteri dan 10 orang cucu itu ditahan.
Ketika disoal siasat, mangsa yang masih bersekolah rendah mengakui kejadian itu dan mendedahkan telah berlaku sebanyak 5 kali dan setiap kali 'ditebuk', mangsa dibayar dengan bayaran Rp10,000 (RM3).
Suspek kini ditahan pihak polis dan berdepan dengan hukuman penjara 15 tahun kalau didapati bersalah.
0 Response to "Atuk Beri Upah RM3 Selepas 'Tebuk Pintu Belakang' Budak Perempuan"
Posting Komentar